Powered by Blogger.

[Pelik] Dua beranak bersembunyi di dalam hutan selama 40 tahun


Di vietnam, seorang lelaki, Ho Van Thanh dan anaknya, Ho Van Lang telah ditemui di dalam hutan setelah lebih 40 tahun bersembunyi.

Lelaki tersebut dikatakan telah bersembunyi di dalam hutan tersebut sejak perang Vietnam, pada tahun 1971, isterinya terkorban ketika kampung kediamannya diserang, dia kemudian membawa anaknya yang masih kecil masuk ke dalam hutan.
Lelaki tersebut telah membina pondok kayu dan hanya memakai cawat, makanan seharian mereka bergantung kepada hasil buruan di sekitar kawasan hutan.

Baru-baru ini, mereka telah ditemui oleh sekumpulan orang kampung di daerah Tay Tra ketika mereka sedang mengumpul kayu api, pihak berkuasa bergegas menyelamatkan dua beranak tersebut.
Ho Van Thanh dikatakan sudah berusia 80 tahun, keadaan fizikalnya lemah dan sukar untuk bercakap, manakala anaknya pula Ho Van Lang sudah berumur 41, tidak tahu berbahasa Vietnam dan hanya tahu beberapa patah perkataan sahaja.

0 comments:

Post a Comment