Powered by Blogger.

[Pelik] Bapa saman anak malas


Zhejiang: Seorang lelaki semalam menyaman anak perempuannya selepas gadis itu tidak melakukan kerja rumah dan enggan menjaga anaknya sendiri.

Akhbar China Daily melaporkan, lelaki itu, Hu berkata, anaknya tidak pernah melakukan kerja rumah selepas berkahwin, sebaliknya menghabiskan masa membeli-belah dan menonton drama Korea.

Menurut Hu, dia dan isteri terpaksa menjaga cucu mereka di samping menyediakan makanan untuk anak dan menantu mereka, yang juga enggan bekerja.

Hu turut menunjukkan kepada mahkamah bukti yang dia meminjamkan wang 700,000 yuan (RM372,000) kepada anaknya untuk membeli rumah di Ningbo pada 2010.

Dia bagaimanapun menarik balik kes itu selepas anak perempuannya meminta maaf.

Sebelum ini, seorang model lelaki berusia 29 tahun menyaman ibu bapanya atas dakwaan mereka tidak menyokongnya dari segi kewangan.

[Pelik] Bergaduh berebut air orang mati


Lobengula (Zimbabwe): Dua penjaja jalanan cedera selepas bergaduh berebut air mayat.

Menurut saksi, Viola Tshima dan Molene Hadebe yang sebelum ini berkawan baik, bertengkar selepas Tshima menuduh rakannya mengambil lebih banyak air berkenaan di sebuah rumah mayat sebelum dia tiba.

Pertengkaran itu akhirnya membawa kepada pergaduhan sengit.

Kedua-dua peniaga itu sering ke rumah mayat berkenaan untuk mengambil air dari mayat yang dibersihkan di situ.

Mereka menggunakannya sebagai pelaris perniagaan.

Air berkenaan biasanya digunakan penduduk Zimbabwe yang taksub dengan kepercayaan karut.

Kebanyakan penjaja membelinya untuk melariskan perniagaan sementara dalam kalangan wanita, air itu digunakan untuk 'menjinakkan' suami masing-masing.

Peniaga yang ditemubual juga mendedahkan, air mayat itu diambil dari mayat yang dimandikan, turut digunakan untuk membasuh buah seperti epal dan tomato kerana dipercayai dapat menarik ramai pelanggan, seramai yang datang untuk menghadiri majlis pengebumian.

Menurut mereka lagi, sesetengah penggali kubur meraih keuntungan lumayan dengan menjual air mayat.

[PANAS] Dibogelkan sebab tidur laki orang

Puyang (China): Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk.
Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan.

Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang.

Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.


Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China.

Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya.

Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya.

Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa.

"Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu."

Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.

[Pelik] Dibenar cerai isteri dirasuk jin


Dubai: Seorang lelaki dibenarkan menceraikan isterinya selepas mendakwa isterinya dirasuk jin menyebabkan dia enggan tidur bersama.

Lelaki berkenaan memfailkan kes cerai terhadap wanita berkenaan selepas dia berulang kali menolak melakukan seks dan keluarganya memaklumkan dia dirasuk jin.

Menurut rekod, lelaki itu sudah bersabar dan memujuk sekian lama tetapi isterinya tetap enggan tidur bersama.

Wanita itu meminta suaminya berbincang dengan keluarganya yang kemudian mengaku bahawa usaha mengusir jin dari dalam badan wanita itu gagal walaupun sudah berubat berulang kali.

Mahkamah syariah Dubai membenarkan lelaki itu bercerai tetapi mengarahnya membayar wang mutaah sebanyak kira-kira Dh40,000 (RM35,650).

Bagaimanapun, mahkamah rayuan semalam memutuskan lelaki itu tidak perlu membayar wang berkenaan atas alasan wanita itu dan keluarganya tidak berterus terang sebelum pasangan itu berkahwin.

[TRAGIS] Bakar diri kerana terlalu banyak berhutang


Bangkok: Seorang wanita membakar dirinya sendiri di sebuah pusat khidmat masyarakat berdepan dengan Rumah Kerajaan ketika mengemukakan aduan mengenai bebanan hutangnya semalam.

Sangvean Raksaphet, 52, memberitahu ketua pusat khidmat itu, dia meminjam wang daripada seseorang dengan mencagarkan geran tanahnya.

Apabila gagal membuat bayaran, dia cuba berunding tetapi pemberi pinjaman menuntut bayaran Bht1.5 juta (RM150,000) daripadanya.

Mengesyaki dia ditipu, Sangvean membuat aduan ke pusat berkenaan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Setiausaha Tetap Perdana Menteri.

Ketika petugas di pusat itu menghubungi penolong pegawai daerah berkaitan bank mendapatkan butiran lanjut, Sangvean bertanya mengapa dia tidak dibantu.

Wanita itu kemudian mengeluarkan sebotol minyak dan menyiram dirinya sendiri sebelum mencucuh dengan pemetik api.

Jurucakap polis berkata, beberapa anggota keselamatan membantu memadamkan kebakaran dan Sangvean kemudian dihantar ke hospital.

[NGERI] SMS dari kubur



South Tyneside: Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya.

Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang.

Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.

Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya.

Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat."

Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan.

Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.

"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. 

Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya.

"Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya.

Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.

[Pelik] Budak-budak merokok 16 batang sehari


Cicapar: Seorang budak berusia tujuh tahun yang ketagih rokok sejak berumur empat tahun menghisap 16 batang rokok sehari, selepas mengurangkannya daripada tiga bungkus sehari.

Diwan Awalidan dan tiga rakannya, Nawan, 11, Jujun, tujuh, dan Dede, lapan, dari Jawa Barat antara beberapa kanak-kanak di kampung Cicapar yang lebih gemar menghabiskan masa menghisap rokok daripada bermain.

Ibu bapanya berkata, mereka tidak berupaya memaksa Diwan berhenti.

Dia akan membeli rokok keretek dengan mengguna wang saku. Kadang-kadang dia mencuri duit ibunya untuk melepaskan ketagihnya.

Dia sudahpun menunjukkan masalah kesihatan akibat tabiatnya.

Kedua-dua ibu bapanya merokok, tetapi mereka cuba memujuk Diwan berhenti kerana bimbang masalah kesihatannya bertambah teruk.

Diwan dan rakannya kini bersembunyi untuk merokok di kawasan sawah berhampiran.

Bapanya, Iyan, 36, berkata: “Diwan merokok sejak usia tiga tahun. Ketika itu dia boleh menghisap tiga bungkus rokok sehari.

“Jika tidak dibe rikan wang rokok, dia akan marah atau mencuri rokok atau mencuri wang untuk membelinya.”

Diwan berkata, dia tidak merancang berhenti dan percaya imej grafik pada bungkusan rokok yang mempamerkan kesan buruk akibat merokok sebagai palsu.

Tabiat merokok semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia, negara kelima terbesar dalam pasaran rokok dunia.

“Indonesia mempunyai lebih ramai perokok kanak-kanak bawah usia 10 tahun berbanding negara lain. Tidak menghairankan kerana jika anda memandu di negara itu, anda dapat menyaksikan begitu banyak iklan rokok.” kata Presiden Kempen Bebaskan Kanak-Kanak Dari Tembakau, Matt Myers.

Tabiat merokok bukan sukar untuk dicontohi kerana ia sudah menjadi satu budaya di Indonesia, dikukuhkan lagi dengan iklan yang sudah sekian lama tidak dilihat di negara lain.

[Pelik] Tarian bogel untuk menghiburkan tetamu majlis pengebumian


Taipei: Ahli keluarga dan rakan yang hadir pada majlis pengebumian seorang lelaki di sini terkejut selepas upacara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian bogel.

Lebih mengejutkan lagi penari bogel itu sebenarnya diupah oleh isteri si mati sendiri sebagai hadiah untuk suaminya.

Pelawat majlis pengebumian yang berlangsung pada Ahad lalu itu pada mulanya hairan apabila lampu berwarna-warni tiba-tiba dipasang disusuli dengan muzik rancak.

Mereka terus terkejut apabila dua wanita yang hanya memakai pakaian dalam dan kasut tumit tinggi tiba-tiba keluar dan terus menari.

Penari itu menari dalam keadaan yang mengghairahkan dan mereka menggeselkan tubuh mereka pada keranda si mati.

Beberapa pelawat dilihat berebut-rebut merakamkan imej wanita berkenaan dengan telefon bimbit dan mereka seolah-olah lupa kepada rakan mereka yang sudah meninggal dunia itu.

Menurut laporan akhbar The People’s Daily, lelaki itu yang dikenali sebagai Jian meninggal dunia baru-baru ini selepas diserang strok.

Isteri Jian berkata, dia tahu suaminya suka melihat wanita cantik dan dia mahu memberikan hadiah yang akan dihargai lelaki itu pada majlis pengebumiannya.

Keluarga dan rakan rapat Jian memberitahu mereka terkejut melihat persembahan itu, tetapi memahami mengapa isterinya bertindak demikian.

“Wanita itu seorang yang setia dan sentiasa berada di sisi Jian ketika sakit sehinggalah dia meninggal dunia.

“Saya yakin Jian pasti tersenyum ketika dalam perjalanan untuk dikebumikan,” kata seorang rakannya.

Ada penduduk berpendapat tarian bogel diadakan bagi menghiburkan si mati yang suka menonton tarian bogel ketika hidup.