Powered by Blogger.

[Pelik] Berpura-pura mati untuk mendapatkan biasiswa untuk anak


Seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagian anak-anaknya, itulah yang dilakukan oleh seorang anggota polis di India, yang sanggup berpura-pura mati untuk mendapatkan biasiswa untuk anaknya.

Sukhmani Hundal, seorang penuntut di Baba Farid University kesihatan dan sains, Punjab, India, telah menghantar surat kematian bapanya, Rajjit Singh Hundal, seorang Senior Superintendent Polis di India,  kepada pengurusan universiti dan menuntut untuk mendapatkan biasiswa untuk menanggung pembelajarannya.

Namun setelah siasatan dijalankan pihak universiti, mereka mendapati yang sijil kematian tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata, dan mendapati Rajjit masi lagi berkhidmat sebagai pihak polis.

Biasiswa Sukhmani Hundal telahpun ditarik balik, dan pendaftar yang mengeluarkan sijil tersebut telah dilucutkan jawatan.


0 comments:

Post a Comment