Powered by Blogger.

[Gila] Dibunuh bapa kerana melawat ibu


Riyadh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun diseksa selama enam jam oleh bapanya sebelum ditembak mati kerana melawat ibunya.

Satu rakaman video menunjukkan kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan teruk pada muka dan leher sedang bercakap dengan bapanya sebelum ditembak kini menjadi viral di media sosial Arab Saudi.

Menurut orang ramai, kanak-kanak itu dipercayai berasal dari negara itu.

Namun, Persatuan Hak Asasi Manusia Arab Saudi menafikannya.

Seorang pegawai Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan mengakui kesahihan video itu dan mendakwa ia berlaku di Yaman, membabitkan kanak-kanak bernama ‘Ma’areb’ yang dibunuh bapanya lima bulan lalu.

Kejadian itu dikecam pengguna media sosial dan ramai yang mendesak pihak berkuasa supaya membunuh si bapa, sama seperti cara dia membunuh anaknya. 

0 comments:

Post a Comment